semalam dah macam orang buka panggung ja. tapi ni versi yang cerah benderang. bukan gelap gelita macam cinema betul2 tu. ni cinema tipu2 ja haha
bila dah tengok ombak rindu tu 2jam, aku still lagi tak jumpa part mana yang orang dok pakat menangis bagai tu. seriously. aku tak jumpa. roommates pun tak jumpa. maybe sebab kami tak menghayati kot? haha boleh pulak masa dok tengok tu, dok menguap 4 5 kali. teruk kan aku? hehe
siap dok buat revision lagi pasal novel ombak rindu. 'part ni bukan nanti dia gugur ka? pasaipa tak gugur pun? nanti izzah tu yang jaga anak mila.' 'sejak bila pulak dia ada makcik?'. 'bla...bla...bla'
ada jugak part yang aku jadi pengkritik. 'muka gila tak ikhlas. macam kena paksa ja.'
'geram aih aku tengok maya ni pakai tudung. pakai la elok2 sket. suka nak tunjuk scarf putih tebal tu'. 'gila tipu. air sungai tu bukan swimming pool. boleh plak nampak jam tu p mana. haha'
nasib aku tak p tengok kat panggung. kalau p, pastu p pulak dengan roommates aku tu, aku rasa kitorang kena halau la nanti. bising sangat. orang dok feel sedih2, kami dok bantai gelak. haha roommates aku bagi 1.5 bintang pas tengok ombak rindu ni. aku? x taw nak bagi berapa. tapi nasib la tak p tengok kat panggung. kalau tak, ada jugak yang menguap non stop macam aku tengok i'm not single tu hehe
p/s:aku rasa kalau tak baca novel tu, maybe boleh menghayati kot sebab tengok cerita korea pun boleh sob..sob. yang paling tak boleh blah, tengok NARUTO pun beria-ria aku sob..sob.. errkk. apakah? haha
No comments:
Post a Comment