aku rasa muka aku ni jenis yang sangat jujur, ikhlas abis la
kalau aku rasa menyampah, tak suka, kurang berkenan, memang boleh taw la.
tak payah tunggu aku cakap.
tengok muka pun boleh taw dah.
dulu rumet aku pernah cakap.
'muka tu boleh jangan tunjuk tak suka sangat tak?'
aku tanya 'kenapa?'
dia jawab 'muka ampa tu, nampak sangat tak suka kat orang tu'
lagi. kalau masa present tu, aku ni memang ada darah gemuruh
even senyum pun, nampak sangat la senyum terpaksa
senyum jenis kelat semacam tu HAHA
yang tu pun, classmate aku cakap jugak.
aku ingat senyum aku tu abis manis dah.
kot2 la leh dapat extra marks ka. padahal...
selalu kalau orang tegur kita, even kita tak ingat dia nama pa, kita akan berlakon kan?
cakap 'oh.. ampa ka. wat pa la ni?'
tak pun ' sehat ka? lama tak jumpa'
yang kes aku pulak, bole dengan muka blurr cakap aku tak kenal
tak ke malu orang tu? apa la nak jadi kat aku ni :(
nasib la last2 aku ingat dia tu sapa
sebab dia dah makin cantik kot
tu yang tak cam ---> alasan? (tapi memang betul pun dia makin lawa)
p/s: aku rasa, aku kena masuk class berlakon ni. bagi improve sket aku punya memek muka ;)
.: aWaK sAyA diA :.
ini cerita aku dia dan mereka
Sunday, May 6, 2012
Friday, May 4, 2012
ikhlas
pendapat aku la kan, aku akan buat benda yang aku suka.
benda yang aku tak suka kalau suruh jugak aku buat, aku buat.
tapi ada banyak sebab kenapa aku buat.
maybe sebab tak nak orang bising2.
tak pun sebab malas nak melawan.
tapi tu la. kena usaha lebih sikit, baru aku ikhlas.
benda kalau buat tak ikhlas, aku rasa aku tak enjoy.
buat pun bukan dengan rela hati. dia punya stress tu lain macam.
jadi macam pahat dengan tukul.
sekali ketuk, sekali gerak.
tak ketuk, tak gerak.
Tuesday, March 20, 2012
terima kasih daun keladi :)
kami enam sekawan
(ecah, kak long, pjah, c'ang, teah & aku)
kek untuk birthday yang ke 24
( perkataan 'tua' tu hilang dengan sendirinya. macam tak setuju ja yang aku & ecah dah tua haha)
tapi ecah tak cukup 24 lagi pun. saja ja celebrate skali dengan aku. dah alang2 sama bulan
aku & ecah
kami 2 orang birthday bulan 3. so sambut la sekali. tapi antara kami 6 orang, aku la yang paling tua a.k.a matang haha. tapi hanisah pulak yang kami panggil kak long. padahal dia paling muda antara kami semua. (kalau mengata dia kat sini pun tak pa. dia bukan taw pun haha)

oh. ini 3 NOR
(nor hafizah, nor hanisah, nor shafila)
orang sibuk dok bakar ayam, kami 3 orang dok sibuk ambik gambar. tak cukup dengan laptop, phone teah pun kami kerjakan. sampai hang la phone teah. teah, sorry!
terima kasih weh. sayang ampa!! :)
Thursday, March 8, 2012
Wednesday, February 29, 2012
misi
ni bukan misi aka nurse tu.
ni misi mencari kerja yang tak kunjung tiba.
betul la kan. semua tu bergantung pada rezeki masing2.
cepat dengan lambat ja.
bukan sebab memilih tapi nak kena dengan jiwa.
tapi bukan memilih pun.
memang tak ada rezeki lagi.
so berehat sahaja di rumah.
ni misi mencari kerja yang tak kunjung tiba.
betul la kan. semua tu bergantung pada rezeki masing2.
cepat dengan lambat ja.
bukan sebab memilih tapi nak kena dengan jiwa.
tapi bukan memilih pun.
memang tak ada rezeki lagi.
so berehat sahaja di rumah.
Thursday, February 16, 2012
pe'el
tadi masa tengah makan, sambil tengok2 paper.
abang ipar : jom p tengok wayang cerita adnan sempit 2. (dia ajak kak aku. aku tak taw pun bila cerita tu keluar)
kak aku : bukan nak bawak masuk rayyan kot. sat g orang dok kalut tengok, dia dok meneran pulak. (yeayy!! aku dah ada sorang anak sedara haha)
abang ipar : tinggal la rayyan dengan mak ngah. (mak ngah tu aku la tu. berapa kali tak taw nak cakap yang aku ni angah. bukan mak ngah. tak glemer langsung)
aku : boleh ja. jom adik. nanti kita bawak rayyan p makan pizza sekali.
adik : tak mau aku. sat g orang ingat aku dah ada anak pulak. dah la ari tu aku keluar dengan ang, orang ingat aku keluar dengan GF aku.
ciss!! patot la dia tak mau keluar dengan aku. padahal aku support makan kot. sebab tu bila aku kuar dengan adik aku, aku akan panggil "adik" aku sekuat mungkin. sat g potong line aku. eh? haha
Thursday, January 19, 2012
exam
kalau ikut kalender akademik UKM, minggu exam adalah sampai 20hb Jan 2012. tapi exam aku habis pada 21hb Jan 2012. ini adalah kerana mula-mula prof tak mau buat exam PSA tapi sebab semua (5 orang ja dalam kelas tu and i'm the only female hee) dalam kelas tu tak respon bila dia tanya, dan-dan dia nak buat exam. kalau tidak prof nak buat 23hb Jan 2012. tapi camna ntah, tukar jadi sabtu ni.
p/s:baucer buku tu nak beli pa eh? hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)


