Yunus bin Ubaid dari Al-Hasan berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Setiap anak Adam itu akan dijaga oleh dua orang malaikat, dan malaikat yg sebelah kanan itu lebih berkuasa dari yg disebelah kiri".
Kalau seseorang anak Adam itu membuat dosa maka malaikat yg disebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yg disebelah kanan, "Apakah yg harus aku catat?" Maka berkata malaikat yg sebelah kanan, "Jangan kamu catat dosanya sehingga ia melakukan 5 dosa." Kemudian bertanya malaikat yg sebelah kiri lagi, " Kalau dia telah melakukan 5 dosa, apakah yg harus aku catatkan?". Berkata malaikat yg sebelah kanan, "Biarkan sehingga dia melakukan kebaikan, sebab kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda. Oleh itu, kita hapuskan 5 sebagai imbangan dari dosa yg 5 dan kami catatkan hanya 5 hasanat."
Apabila syaitan mendengar yg demikian, maka dia pun menjeritlah smabil berkata, " Kalau macam ini bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam."
Pengajaran:
Lihatlah bagaimana Allah SWT begitu sayang kepada kita sehingga memberi kita begitu banyak peluang untuk kita berfikir. Contohnya, apabila kita membuat satu kejahatan, maka kita cuma dicatatkan satu dosa tetapi apabila kita membuat satu kebaikan, maka kita akan dicatat 10 kebaikan. Allah SWT memberi kita peluang dengan memanjangkan usia kita supaya kita akan bertaubat dan kembali menyembahNya. Yg pastinya, Allah SWT sentiasa menerima taubat kita. Allah menyayangi kita 70 kali dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya.
1 comment:
bersyukur lah atas kurniaan NYA
take advantages on it
I'Allah bahagia kt di sna
tp 2 bukan alasn plak nk wat dosa bnyak2 ye
kalau dosa > pahala = xde guna jugak
betul x???
Post a Comment